*بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ*

***Do things to the best of your ability and do everything in the name of ALLAH***

Sunday, 20 November 2011

Soneta Cinta Ku


CINTA .....

bicara tentang cinta,..... 
pasti akan bertanya "apa itu cinta"
ada yang sudah punya cinta
ada yang baru berfikiran cinta
ada yang tercari-cari cinta
ada yang baru mengenali cinta
ada yang melamun,dilamun cinta
ada yang di alam cinta
ada yang putus cinta
pasti akan bertanya "apa itu cinta"
tapi yang pasti setiap jawapan berbeda
cinta itu perasaan
cinta itu cinta
cinta itu kasih
cinta itu sayang
cinta itu sahabat
cinta itu air mata
pasti akan bertanya "apa itu cinta"
banyak persoalan cinta
apa itu cinta
ada apa dengan cinta
bagaimana itu cinta
dimana itu cinta
kenapa itu cinta
bilakah cinta itu
siapakah cinta itu
berapakah cinta itu
kemanakah cinta itu
pasti akan bertanya "apa itu cinta"
bermacam cinta ada
cinta ALLAH
cinta Rasul
cinta diri
cinta ayah ibu
cinta keluarga
cinta saudara
cinta sahabat
cinta pasangan
cinta anak
cinta kekasih
cinta negara
pasti akan bertanya "apa itu cinta"
persoalan pada diri
bersediakah untuk CINTA
ikhlaskah untuk CINTA
jihadkah diri pada CINTA
redhakah diri pada CINTA
taatkah diri pada CINTA
zuhudkah diri pada CINTA
pasti akan bertanya "apa itu cinta"
bermulanya cinta
terkisahnya cinta
wujudnya cinta
terciptanya Kekasih
cinta ALLAH pada Kekasih-NYA
cinta Kekasih pada CINTA-nya
pasti akan bertanya "apa itu cinta"
dalam mencari mihrab cinta
ku temui kiblat cinta ku
ikhlaskan hati mencintai
dan cintailah kerana ALLAH
sesungguhnya itulah Cinta
terungkai sudah segala soal
pasti tiada lagi persoalan hati
pasti akan bertanya "apa itu cinta"
kerana terlalu asyik dengan CINTA
bilamana bibir dan hati bertasbih CINTA
dimana ayat-ayat cinta memenuhi setiap ruang
merdu dan indahnya kidung cinta dalam Kalam MU
siang dimekari manisnya senyum penuh kesyukuran
mutiara shahdu penuh kenikmatan menemani malam 
nur kasih CINTA menyinari seluruh hidup yang fana 
pasti akan bertanya "apa itu cinta"
itu jawapan untuk cintaku
tajdid cintaku dalam menyintai MU
ku bersyukur pada MU
kerana nikmatnya cinta yang KAU beri
jangan KAU sirnakan cinta ini
kekalkan dalam hidupku dan matiku
sesungguhnya Cinta pada MU
adalah yang terindah dalam hidupku
InsyaALLAH - Amin
pasti akan bertanya "apa itu cinta"
ini nukilan kisah dan maksud cintaku
seorang aku yang bernama ska
dalam mencari redha safa cinta NYA

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Jemariku pantas menekan aksara sepantas yang datang dalam fikirku bersama deraian mutiara dikala dengup jantungku mentasbihkan NYA kerna hatiku sedang pd NYA hingga terhasil soneta gambaran hati dan cintaku pada NYA..... terima kepada yang sudi membaca nukilan ulung ku....

    ReplyDelete